Ma3rokah dan Karak

Assalamualaikum. Episod 03 : Jordan Travelogue Flashback ! 13 September 2013 merupakan tanggal yang sungguh bermakna da...

Assalamualaikum.
Episod 03 : Jordan Travelogue


Flashback !
13 September 2013 merupakan tanggal yang sungguh bermakna dalam hidupku sebagai seorang pengembara di bumi Allah. Alhamdulillah jam 10:30 pagi ( Jam Kuwait ) saya selamat sampai ke Jordon. Seperti orang lain juga, ungkapan " Alhamdulillah " akan terbit dari mulut. Seakan tidak percaya bahawa diri ini telah memijak tanah impianku selama ini. Jordon!. Syukur sangat pada Yang Memilih saya untuk ke sini. Alhamdulillah.

Setelah ambil semua beg-beg, saya terus dibawa ke Mu'tah oleh Sambutan Pelajar Baru dengan menaiki coaster ( sejenis van seperti bas kecil ) . Perjalanan dari Airport Amman ke Mu3tah mengambil masa selama 2 jam. Sampai sahaja di Mu3tah, terus dibawa ke PUSKMA untuk sedikit taklimat. Oleh kerna terlalu letih, apa yang ditaklimatkan oleh ustaz-ustaz dan ustazah tidak masuk ke dalam kepala hotakku. Kerna letih. Ya! terlalu letih!.

And then, saya dibawa ke rumah transit sementara bagi membereskan segala urusan berkenaan iqomah dan akademik. Malamnya, tidur awal dek kecapetan yang teramat sangat. Sungguh! Saya hampir lemah semangat kerna kecapetan ini. Ujian diawal mematangkan diri. Selesai hari ini.


{ 15 September 2013 }
Saya diajak senior untuk pergi melihat satu tempat bersejarah iaitu Ma3rokah Mu2tah. Satu tempat yang dikatakan berlakunya peperangan Mu2tah. Terkenalnya peperangan ini kerna syahidnya 3 orang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Zaid bin Harithah , Ja3afar ibnu Abi Thalib dan Abdullah ibnu Rowahah. Yang akhirnya Khalid Al-Walid mengambil langkah pengunduran bagi umat Islam. Satu strategi yang sangat unik dari Sang Pedang Allah. Ikuti kisah lanjut di sini >> :) <<

Pada sebelah petang pula saya ke Karak Castle, ini adalah kubu panglima hebat Islam Salahuddin Al-Ayubi menentang tentera salib. Subhanallah! Sangat kagum dengan binaanya, walaupun beribu-ribu tahun peninggalanya namun tetap utuh. Keunikan pada setiap sudut binaanya. Terlintas di benak fikiran " Bagaimanakah orang zaman dahulu bisa mencipta satu binaan yang lebih unik berbanding binaan pada zaman moden ? " Allahu Akbar. Subhanallah! Kubunya sangat tinggi. Letih kot mendaki sebab kawasanya seperti bukit. Bukan seperti tapi memang bukit pon. Letih tapi menguntungkan kerna dapat melihat kubu seorang panglima yang amatku kagumi tentang kewibawaanya memimpin tenteranya. Alhamdulillah.

Selesai pengembaraan ke Ma3rokah Mu2tah dan Karak Castle seharian. Penat tapi Untung. Jadi sesiapa yang bercita-cita untuk datang ke Jordon, silakan melawat di kedua tempat ini. Tak rugi malah kita dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t InsyaAllah.

You Might Also Like

0 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!