Pesanan Ummi dan harapan Abah

by - September 25, 2013

Assalamualaikum.
Episod 05 : Jordan Travelogue


Alhamdulillah selama 1 minggu tinggal di sini, semua urusan berjalan dengan lancar. Alhamdulillahi 3ala kulli 7al. Ok, hari ini masuk hari ke-12 saya hidup di bumi Mu3tah, Jordon. Hampir 2 minggu. MasyaAllah sekejap je rasa, hari itu baru sampai rasanya. Dan hari ini masuk hari ke-3 saya sudah masuk kuliah. Alhamdulillah juga, Ustaz Doktor yang saya tasjil madah menggunakan bahasa fushah sewaktu bermuhadharah. 

First time masuk kuliah, agak terpengong-pengong kerna pertuturan Ustaz Doktor agak laju meskipun berbahasa fushah kebanyakanya. Biasa lah tu, awal-awal memang akan terpengong. Lama-lama insyaAllah akan meningkat kefahaman itu sikit-sikit. InsyaAllah. " Allahumma faqqihnii fid-deen ".

Pada episode kali ini, saya ingin mengkisahkan sedikit sebanyak detik-detik perasaan saya berubah-ubah. Betul! Memang hati manusia itu selalu berbolak-balik dek kerna lemahnya iman kita. Hari kedua saya tinggal di sini, seorang senior menceritakan kes-kes yang agak membahayakan di sini. Setelah itu, hati terus merasa " Boleh ke tidak aku untuk terus bertahan hidup di bumi Syam ini ? ". Lemah semangat. 

Terus saya menginginkan sedikit kekuatan dari insan yang sangat berharga dalam hidup saya. Ummi. Abah. Saya bertalian melalui whatsapp abah. Minta doa supaya diberi kekuatan dari semua segi. Sungguh doa dari seorang ibu dan ayah mudah dimakbulkan. InsyaAllah. 

Alhamdulillah, terasa diri ini amat bertuah dikurniakan seorang ibu dan seorang ayah yang sangat baik dan berhati mulia. Dan yang penting mereka selalu mengajar kami anak-anaknya supaya bergantung sepenuhnya kehidupan kita kepada Allah s.w.t. Meski dan sememangnya hati insan yang bergelar seorang ibu dan ayah merasa bimbang dan khuatir apabila mendengar berita-berita yang membimbangkan tentang anak-anaknya. Namun, itulah, Allah sebagai pergantungan harapan dan perlindungan. Sungguh! Sayalah orang yang paling beruntung di dunia ini kerana ada Ummi dan Abah. Alhamdulillah ya Allah.

Baru kelmarin saya menelefon Ummi, hajat untuk bertanya tentang cara memasak. Ops! Saya memang tak pandai memasak ye. Kelmarin first time kot masak sendiri. Sengaja tidak tanya rakan roomate saya kerna saya rasa saya harus memilih seorang ibu untuk mengajar saya memasak. Barulah dinamakan anak mak. Apa-apa hal berkaitan rumah, tanya mak. Lebih jalin erat hubungan antara ibu dan anak. 

Terus Ummi bertanya macamana keadaan di sini, saya jawab ok sahaja cuma tidak larilah dari masalah dengan orang arab ni. Lama juga bercalling dengan Ummi kerlmarin. Puas hati ini. Dalam banyak-banyak perbualan saya dengan Ummi. 1 point je yang Ummi suruh saya jaga. Jangan berjalan seorang diri. Ya! Situasi di sini berbeza sangat dari Malaysia. Malaysia, perempuan berjalan seorang diri kemana-mana pun takapa. Di sini tidak boleh. Saya tegaskan TIDAK BOLEH. Penting mana pun urusan kita, faktor keselamatan harus diutamakan. Apatah lagi berkaitan dengan keselamatan maruah. Jadi, janganlah merasa kita sudah cukup kuat untuk berseorangan di sini. Dalam hal yang memaksa kita untuk berseorangan, jangan lupa letakkan Allah di setiap perjalanan kita. 

Jangan terlalu letakkan perasaan " takut " kita pada manusia kerna ianya dapat meruntuhkan keyakinan kita pada Allah.

Letakkan perasaan " takut " itu hanya pada Allah , Insya Allah kita akan diberi kekuatan dan keyakinan bahwa Dia sahajalah " Ni3mal Maula wa Ni3man-Nashir ".Oleh itu, dengan segala kekuatan saya, saya akan terus mentaati pesanan Ummi ini di sepanjang kehidupan saya di sini. InsyaAllah. 
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusunya adalah tiga puluh bulan " (al-Ahqaf: 15)

Sabda Nabi s.a.w : " Redho Allah terletak pada redho kedua ibubapa dan murka Allah terletak pada murka kedua ibubapa " 

Ya! Matlamat saya di sini adalah untuk menggapai Mardhotillah, dan untuk mencapai matlamat tersebut, saya semestinya mendapatkan keredhoaan dari Ummi dan Abah terlebih dahulu. Saya tidak mahu digolongkan di antara mereka yang menjadikan ibubapa mereka sebagai hamba-abdi. Nau'zubillah. 

Saya akan sentiasa menyematkan segala pesanan Ummi di dalam kotak memori saya sepanjang hidup saya. Bagi saya, nasihat dan kata semangat dari seorang ibu lebih bermakna daripada seorang kawan. Kenapa ? Kerna dialah insan yang paling rapat dengan kita semenjak kita kecil sehingga dewasa. Betul ? Jadi, amat malanglah bagi mereka yang mengingkari setiap bicara dari ibunya. Sungguh malang!.


Disamping saya ingin mengikuti segala pesanan Ummi, saya juga ingin merealisasikan harapan Abah. Harapan abah disini supaya saya berjaya menghabiskan ijazah ke tahun akhir. Dan semestinya harapan seorang ayah lebih tinggi dari itu. Bukan sahaja berjaya mendapat ijazah. Tapi, berjaya menjadi seorang hamba kepada pencipta dan khalifah di muka bumi. Ayah adalah seorang insan yang sangat diperlukan. Kenapa ? Kerna dialah kita dapat makan, kita dapat berpakaian cantik, serba cukup. Kerja mencari duit walaupun satu posen sangatlah susah.

Teringat saya Ummi pernah bercerita kepada saya, satu ketika dahulu, di awal perkahwinan Ummi dan Abah. Serba kekurangan. Lebih-lebih lagi dari sudut kewangan. Sampai abah terpaksa berhutang dengan sanak-saudara. Ya Allah, hampir menitis air mata saya mendengar, susah dan peritnya abah mencari wang buat anak-anaknya. Mungkin bagi mereka yang lahir dari keluarga senang tidak mengalami situasi sebegini. Kerna itulah, saya terfikir, kenapa kita sebagai anak perlu menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah? Tanpa memikirkan perit lelahnya seorang ayah mencari nafkah ?. Saya tegaskan di sini.

Antara sebab kenapa saya ingin berjaya mendapat segulung kejayaan di dunia ini adalah kerna saya ingin menyerahkan kejayaan itu khas kepada ibubapa saya. Saya tidak pernah mengharapkan ucapan " tahniah " atau sebungkus hadiah dari sesiapa. Yang saya harapkan adalah senyuman dari seorang ibu dan ayah apabila melihat kejayaan saya. Itu sahaja. Kerna pada waktu dan usia saya ini, hanya itu sahaja tanda saya membalas jasa mereka meskipun saya tahu jasa mereka tidak dapat dibalas walaupun perlu diserahkan kesemua sijil-sijil yang saya perolehi. 

Oleh itu, saya ingin mengajak kesemua rakan-rakan saya untuk terus bangkit dari kelalaian, hampirilah kejayaan kerna sungguh kejayaan itu sudah hampir bahkan sangat hampir dengan kita. Capailah Mardhotillah. Realisasikan harapan ibu ayah. Jangan sesal di kemudian hari. Fikirkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang (dengan situasi kita sekarang ini). Fikirkan apa yang perlu kita lakukan kepada ibubapa pada masa akan datang. Fikirkan siapakah aku pada masa akan datang. 

Jom ameenkan : 
"Robbi ghfirlii waliwaalidayya war7amhumaa kamaa robbayaanii shoghiiro "

You May Also Like

2 comments

  1. Selamat mengutip mutiara2 disana ukhti :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, moga dirimu disayangi Allah selalu ya ukhti :)

    ReplyDelete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!