Si putih yang memutih

by - December 28, 2013

Assalamualaikum.
Episod 06 : Jordan Travelogue


Alhamdulillah , terasa nikmat Allah itu melambak di muka bumi ini termasuklah nikmat masih diberi nafas untuk menyambung amalan 'hari ini' untuk 'hari esok'. Moga Allah kasih , moga Allah redho.

Tetiba terasa rindu nak main salji selepas tengok foto-foto di album lappy. Oh! Seronoknya bila terkenangkan semula. First time merasa salji , terasa teruja dan seakan di awan-awanan kerna tidak percaya diri ini sudah " hidup " di zaman salji. Sebelum ini , asyik berangan je memandangkan diri ini berasal dari Malaysia.

12 Disember 2013, Pagi itu , kubuka tingkap rumah, wahh! Subhanallah si putih yang memutih seluruh kawasan rumahku. Cantik sungguh. Tenang setenang-tenangnya. Apalagi , terus snap gambar. Terlalu excited. Oleh kerna saya sahaja yang baru merasai salji di rumah ini. So , keterujaan itu hanya aku seorang je lah. Hehe. Senior-senior dah merasa tahun lepas dan tak berapa nak excited lebihlah.

Tetiba terfikir , bestnya kalau ajak kawan-kawan main salji bersama. Terus setting masa untuk sama-sama sambut keterujaan bermain salji ini. Esoknya , siap-siap pakai baju tebaii-tebaii , saya turun bersama kawan-kawan yang lain yang juga budak baru di sini. Oh! Baru terasa nikmat keterujaan itu pabila bersama dengan orang yang sama-sama mengalami keterujaan itu. Apalagi , snap da pictures je lah kerja kami. Sambil-sambil buat " snowman ".

Tengah-tengah khusyuk bermain salji dan membuat snowman , tetiba turun hujan salji . Subhanallah ! Keterujaan semakin mendadak naiknya. "Macam winter sonata dah" kata salah seorang kawanku. Hatiku mengatakan "Memang dah winter sonata dah ni, takde macam dah tu" sambil menyiapkan snowman. Betapa terujanya , terus sambung snap pictures , mujurlah snowman kami dah siap. Sungguh ! Memang cantik sangat tengok salji turun. Lebat pula tu. Teruja. Teruja. Teruja. ^^

Oh ! Sekarang salji dah cair dah. Terasa alangkah seronoknya kalau salji ini turun selama 1 bulan. Hihi. Kan ?

You May Also Like

0 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!