Ramadhan | Jordan

by - July 30, 2014

Assalamualaikum.
Episod 07 : Jordan Travelogue



Ramadhan kali ini, 1435 h,

Alhamdulillah ya Allah, aku masih berkesempatan merasai Ramadhan bulan penuh berkat. Meskipun kali ini aku bersahur, berpuasa, berterawih jauh dari keluarga. Sendirian di perantauan. Namun, hati tetap bahagia.

Sehari sebelum berpuasa,,
" Eh, esok puasa dah, takutnya".
" A'aa, ye lah, Allahu ".
Begitulah dialog aku bersama sahabattku. Ya, memang takut, tak pernah rasa takut nak berpuasa sebelum ini. Kenapa? Sebab, perlu tahan lapar dan dahaga (puasa) selama 16 jam. Tak pernah rasa. Ditambah pula kuliah setiap hari. Tambahan pula di musim soifi (panas). Sungguh dugaan. First tarawehh di Masjid Umar Al-Khattab. Solatnya sebanyak 8 rakaat (mazhab sebahagian ahlu hadis). Teruja jugakla sebab tak seperti di Malaysiaaa. Bacaanya pun pendek-pendek. ^^ Yang pasti moreh memang takde lah.

Keesokanya, 1st Ramadhan, bangun sahur jam 3 pagi, subuh jam 3.57 pagi. Alhamdulillah selesai subuh berjemaah bersama ahli bayt, sambung tidur balik. Perghh! Sungguh, berat sangat nak bangun pergi kuliah. Kuliah start 8.55 pagi. Doktor pula masuk awal jam 8.50 dah masuk. Kalau datang lebih dari masa tu, dikira tak hadir. So, macam mana sekali pun kena bangun awal jam 7.45 dah kena bangun. Selesai kuliah jam 1.30 petang, memang mencabar diri, balik rumah je terus terbaring keletihan. Begitulah hari-hari seterusnya.

Hampir seminggu berpuasa di sini, melalui 16 jam setiap hari, ternyata taklah teruk sangat. Malah rasa macam berpuasa di Malaysia. Anggapanku yang dulu ternyata salah. Alhamdulillah.

Hari kedua berterawih di Masjid Syuhada', solatnya sama seperti di Masjid Umar. Namun, hari kelima, aku berteraweh di Masjid Hussein (masjid kolej). Solatnya lain dari masjid sebelumnya aku berteraweh. Kali ini, aku berwitir dengan qunut, mungkin masjiid ini pakai mazhab hanafi yang menjadikan sunat qunut bahkan mewajibkan.

Alhamdulillah, bila fikir semula, rasa beruntung dapat belajar di negara yang berlainan mazhab dengan Malaysia. Kerna disamping dapat mengetahui mazhab-mazhab imam empat, dapat juga menpraktik mazhab tersebut. Pengalaman.

Berbuka,
Aku berbuka di sini hanya bertemankan 2 sahabat merangkap ahlu bayt. Sedihlah jugak, aku tengok kau, kau tengok aku, aku tengok dia. Camtulah jugak time sahur. Semua kenangan kat rumah menjengah ruang otak. Sayu hati. Nak balik. Perasaan bercampur-baur ada. Dan yang pasti saat mengingat Ummi masak kat dapur time nak bukak paling kukenang. Rindu masakan Ummi  ( T.T ). Kadang-kadang ajak sahabat lain buka sesama. Kasi meriah sikit.

Masak kena sendirian berhad punyalah. Bergilir-gilir masak sesama ahlu bayt. Oh, capetlah jugak. Tetiba teringat Ummi yang setiap hari masak untuk kami. Allahu, besar pahala Ummi. Allah berkati kamu hai Ummiku. Orang arab pun ramai ajak pelajar maliziy berbuka di rumah mereka. Sungguh, bulan ramadhan di sini berbeza. Mereka tersangat menyambut Ramadhan.

1st Syawal aku biasa-biasa saja. Tak semeriah Malaysia lah kalau kat sini. Tahun depan rasanya tanak dah sambut syawal kat sini. Huhu.

Sekian.

Fn : finall examm sem 3 soonn ... :-)

You May Also Like

0 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!