PENGALAMAN NAIK AMBULANS ARAB

Assalamualaikum. Episod 12 : Jordan Travelogue *Sebelum tu, nak inform bukan saya yang sakit :). Hari ni, jam 11.30, selesai...

Assalamualaikum.


Episod 12 : Jordan Travelogue


*Sebelum tu, nak inform bukan saya yang sakit :).
Hari ni, jam 11.30, selesai exam subjek I’jaz Qur’an. Terus naikk ke musolla banat sebab laparr sangatt, so nak makan. Time tu aku bersama tiga lagi sahabat Kak Timah, hanan dan aiman. Tengah-tengah aku nikmati roti johns yang dijual di situ dengan harga 0.60 qursh. Tetiba, kak timah jatuh di riba hanan yang berada di sebelahnya masa tu. Aku dah terkelu tapi fikir maybe sakit biasa-biasa saje (sebab dia dah pernah sakit sebelum ni). tapi, nafas dia makin kuat kedengaran macam orang sesak nafas dah. Aku naik mengelabah tengah-tengah syok makan tu, berhenti satt.


Semua orang kat situ dah mula naik keliru bercampur tertanya-tanya sebab apa. Kami memang dah tahu kak timah sakit apa cuma susah nak explain tengah kalut macam tu. So, ramai suruh kami pi hantaq klinik jamiah, okelah kak timah pun nak pi sana. Dua senior, kak jihah and kak mubsyiirah pi cakap kat Pak Guard bawah suruh call ambulans. 


Kalut jugaklah time tu, ada yang suruh balik rumah terus, ada yang suruh pi ja dulu markaz sihhi tengok macam mana ada yang suruh panggil doktor jamiah. Okay memang kalut gila. 


Ambulans sampai, aku pimpin belah kiri kak timah manakala belah kanan dia kak Ainun pimpinkan. Lemah gemalai kot badan kak Timah time tu macam orang pengsan dah. Sambil tunggu kat luar musolla (tunggu staff ambulans naik atas). Orang arab kat situ pulak duk kalut semacam ja, haha. Lucu pulak ingat balik. Ada yang duk sembur minyak wangi depalaa, chek nadii kak timahla, macam-macam la. Tapi, satu aku nampak kat situ. ‘TAAWUN’!


Aku nampak satu SIKAP MUSLIM kat situ, semua saling nak bantu kami, nak bantu kak timah. Even yang ber’freehair’ pun depa datang bantu melegakan sikit sakit kak timah. Aku tengok muka dia, ya Allah, baiknya dia. Aku nampak dari wajah dia sangat risaukan kondisi kak timah tadi.


Ok, pegawai ambulans datang dengan bawak kerusi, diletakkan kak Timah kat situ and depa angkat bawak pi turun naik ambulans sana. Aku, kak Ainun dan Hanan turut sekali pi ikut Markaz Sihhi (klinik di kawasan jamiah).


Sampai sana, masuk thowari' (emergency), doktor check-check, okay takda apa pun jantung normal Cuma alami chest pain. And doktor suggest suruh pi pindah kat Hospital Askariy di Karak sana. Terkejut jugak kami, so tanya sebab apa kena pindah sana. Doktor cakap sebab sana lebih lengkap lagi dia punya alat-alat. 

Time nilaa excited jugak aku sebab first dapat naik ambulans cenggitu. Walaupun hakikatnya aku pulak yang pening kepala sebab kedudukan kerusinya mengiring ke tepi. Whahaha.


Okay sampai mustasyfaa, doktor check macam kat markaz sihhi jugak, Cuma kali ni dia pakai wayar apa tah dia sebut elektrona , (yang tu ja dapat tangkap,haha). Fungsi dia nak tahu kondisi jantung normal ke tak. Alhamdulillah, normal doktor kata, takda masalah pun. Then, dia kasi kak timah sedut oksigen sekali kena injection.


Alhamdulillah, takda papa pun, cuma doktor kata kak timah hidap bronchitis peringkat awal. Huhu, kena banyak rehat takleh keluar rumah sangat sebab nanti terdedah dengan debu dan asap rokok. Bahaya jugak tu kalau peringkat kronik ke apa kan, na’uzubillah. Lebih kurang 2 jam jugak kami bertungkus-lumus ke markaz dan mustasyfa tadi and terpaksa ponteng satu kelas tadi. Maafkan kami doktor Masyhur.




Nota penting :
Kat sini memang kena selalu rajin jaga kesihatan. Asap rokok di mana-mana saja, kadang lemas kita dibuatnya sebab usaha tutup hidung dan tahan nafas daripada terhidu asap rokok tu. Kita badan melayu tak se-gah badan arab, haha. So, jangan buat bajet jadi arab okay? Jaga kesihatan leklok. 

You Might Also Like

4 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!