POS MAS --> JOD & 11FEB

by - February 23, 2016

Assalamualaikum.
Episod 15 : Jordan Travelogue

Sejuk menggeletakk. Dua hari ni hujan membasahi bumi Mu’tah, alhamdulillah. Dan sambil ditemani music tetiba rasa nak cerita pengalaman pos dari Malaysia ke Jordan.


Di suatu hari, tetiba gatal nak beli beg baru dan disebabkan kat sini takda beg-beg yang berkenan di hati, maka aku perintahkan adik aku di Malaysia untuk beli beg and pos ke sini, haha. And alang-alang tu ummi tanya jugak nak kirim makanan apa, so semua kali kilo 4.5kg jugak. Berdebar jugak asalnya nak kirim makanan bimbang mahal pulak bayaran pos laju, rupanya tak pon, hanya berjumlah 286RM sahaja. *kawan aku cakap murah dah tu.


TERIMAKASIH ABAH, UMMI dan LAH atas urusan pos, hehe.

Pos laju dari Malaysia ke Jordan, dalam seminggu barang dah sampai. Ok, time barang dah boarded tu banyak pusingan pulak. First, aku pergi ke pejabat pos Jamiah, jumpa pegawai yang sangat peramah dan baik (susah tau nak jumpa pegawai layan kita camtu), nama dia Mahmud Surairah. Tanyalah ammu tu barang aku ada tak situ, ye cakap takda, kalau ada mesti ada call, so aku explainla semua memang  ada call cuma dia cakap di THANIAH.

Disebabkan tak pernah dengar dan tahu pun ada pejabat pos di  Thaniah (biasa pos Jamiah atau pos Karak shj)  tu so aku agak keliru lah. Mujur ammu tu baik hati tolong call pejabat sana, and alhamdulillah dia cakap barang aku ada sana dan kena amik sana jugak walaubagaimana cara sekali pun, haha.

So, pergilah aku pada tanggal 11 Februari ditemani kawan yang baik hati, Jihah dan Zati. Kali ni memang pergi redah je sebab tiga-tiga (kami) tak pernah kenal Thaniah tu. Jiha cakap “Nak amik pengalaman no hal kita redah je”.

Kami naik coaster di Syimali Jamiah, stesen penuh dengan mahasiswa-mahasiswi yang nak pulang ke rumah pada masa tu. First coaster kami nak naik tu dah penuh tapi diorang nak sumbat jugak kami dlm tu, haih memang. Last kami decided naik coaster trip kedua. Okay, dudukla kami dalam tu, agak rare la sbb kami je budak malizi situ, semua warga arab. Ehehhh. Harga tambang 0.35 sekepala, masa dalam 15min.

Sampai ke Thaniah, kawan aku tanya ammu (makcik) sebelah dia kat mana Baridd Thaniah (Pejabat pos), then dia cakapla dah sampai ni. Kawan aku terpandang satu banggunan bertulis Barid tu then lantas bangun dengan aku dan jiha sekali bangun nak turun. Ammu tadi terus cakap “Tak, kau duduk dulu, nanti bas ni akan pusing ke sana”. HAHAHA, rupanya barid tu bertentangan jalan, dan memang bas tu akan u-turn ke jalan sana. Satu coaster gelakk (kami dan makcik tu je ada masa tu), sekali pakcik coaster gelak. Ni orang kata MAIN REDAH JE.

Sampai pejabat pos, sunyii “Eh dah tutup ke?” masa tu jam 1.30 ptg. Ops, ada orang rupanya, biasala pejabat kat sini, sunyi je. Settle urusan ambil barang, sebab kena amik kat thaniah jugak barang aku tu sebab pos makanan. Pegawai imegresen nak buat check bimbang ada pape ke kan. Time chek tu yang buat aku terkejutnya pegawai sana dah tahu makanan malizi ni haa. Sampai ikan bilis tu dia tahu, bukan main aku reka ayat dalam kepala nak cakap kat depa. Cantik lagi kicap tu dia panggil Kechap Chocolate. HAHAHA.


Selesai urusan then kami balik terus ke Jamiah. Perut pulakk laparr, kami tak balik mu’tah terus, duk cari mat’am (restoran) kat Syimali tu dulu. Okay, jumpa, terus meluru dengan laju. Masuk pergi kaunter order, tengok menu, tetiba aku “Biddi THAMANIYAH (lapan)”. Ammu kaunter “SITTAH ‘ASYROH”. Kitorang masa tu dah terperanjat, camna boleh 8ketul ayam je sampai 16JD kot??? Sebelum ni beli dalam 6JD je. Tengok menu balik kat situ, lama duk perhati apa silapnya sampai 16JD???.  

Lama tu, Zati pon tenangkan suasana seketika dan settlelah kami order ayam broasted dengan hanya 4JD sebanyak 4ketul ayam. Rupanyaaa yang aku cakap THAMANIYAH tu, ammu tu faham 8buah hidangan. Parahhhh kot, sapa nak makan banyak-banyakk tu pakcikk?. Then, gelakk tak henti-henti kami bertiga dibuatnyaa. Mungkin sbb masing-masing pening naik coaster then perut laparr gilaa pulakk time tu. Habiss bendaa jadii lawakkk hari tu. Kenangan bebeh!

Lepass habiss melatakk ayam, buleh pulak sambung acara photography kat Jamiah. Disebabkan tak ramai orang sebab dah masuk pukul  3petang. So, berjimbalaah kami bertiga kat situ, seakann JAMIAH ITU KAMI PUNYA.



Begitulahh kisah satu hari yang penuh dengan pengalaman, lawak dan kenangan, 
[ 11 FEB, THANIYAH-SYIMALI-JAMIAH. Tag : Najihah & Ezzati ]


You May Also Like

3 comments

  1. Hahahah kechap chocolate,kreatif pulak dgr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kata, aku dengo pon kejut. Hihi. Sbb sini kechap tu sos tomato bkn kicap kite.

      Delete
  2. Hahahah kechap chocolate,kreatif pulak dgr

    ReplyDelete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!