JAULAH WAFIDIN : 1st D-Day

Assalamualaikum.  Episod 16 : Jordan Travelogue Saya kembali lagi , kali ni dengan cerita best da bestt! InsyaAllah. Entri ni panjang...

Assalamualaikum. 
Episod 16 : Jordan Travelogue

Saya kembali lagi , kali ni dengan cerita best da bestt! InsyaAllah. Entri ni panjang dan berepisod , harap sudilah kalian membacanya dengan sabar dan tertib ya. Heehee. 

Flashbackk
Seminggu yang lalu , dapat makluman dari HEWI sini bahawa pihak wafidin (oversea) persatuan pelajar bawah Jamiah Mu'tah ingin mengadakan jaulah bersama Maliziy juga Thailandy. Khas untuk AKHAWAT sahaja. Dalam kepala aku , macam best je kan takda syabab nih so boleh berjimba lebih-lebih sikit kannn. Kena cepat decided sebab dia terhad peserta 20 orang sahaja. 

Plan JAULAH WAFIDIN ni pada hujung minggu that week iaitu pada 17, 18 & 19 Mac bersamaan hari Khamis , Jumaat & Sabtu. Plan destinasi ialah Wadi Rum , Aqabah & Petra. Ok! Call! I’m joined! 

Kebetulan minggu tu 4 subjek exam , direct kot Ahad – Isnin – Rabu – Khamis. Sapa tak stress haa. HAHA, but its okay sebab fikir lepas tu boleh pergi release tension dan lepas segala kesedihan dunia ni. kahkahka


KHAMIS , 17 MAC 2016 , first day of Jaulah :-
“ Peserta dikehendaki berkumpul sebelum jam 2 petang di Wafidin “. Okay , mujur kelas hari habis awal jam 12 tengahari. Tak kalut sangat nak balik rumah kemas apa patut kan. Balik rumah, sambung kemas sebab dah kemas awal 4 hari lepas (punya semangat haa nak pergi jejalan >v<) , mandi-manda , solat , siap-siap diri , then ukul 1.30 pm kitorang keluar rumah untuk ke Wafidin yang terletak di Jamiah. 

Pejabat Wafidin, tempat untuk segala urusan tajdid iqomah untuk oversea student.

Jaulah kali ni aku pergi dengan housemate Hanan , kawan sebacth Syaherah (PIC Maliziy) dan Kak Dibah housemate Syerah. Sampai di Wafidin , Adibah (PIC Jaulah, arabian) minta kami serahkan iqomah (visa) untuk difotostat bagi pengurusan jaulah ni. Ammu (pakcik) situ sempat beri pesan pada kami supaya simpan leklok barang-barang berharga etc handphone , dompet , kamera dsb. Ya lah , bimbang kot sana (Amman) lagi kuat dia punya saku poket. Hmmm.....


Settle semua urusan iqomah kami juga geng thailand. Kami bergerak ke coaster Jamiah , part ni excited kot kami , bukan senang nak naik coaster Jamiah yang exclusive ni. First time kot and maybe last time , haha. Siap ada aircond lagi , kerusi pon tinggi. Memang selesaa gila-gilaaaa kot. Kami bertolakk tepat jam 2.45pm dr Jamiah Mu’tah. 

Coaster Jamiah Mu'tah, exclusive ni, haha

**Bilangan kesemua peserta jaulah seramai 18 orang pelajar malaysia , 18 orang thailand bersama pengiring ammu Abu Yusuf (Yahya) & Mama Dhuha & Yusuf , Ammu (tak ingat nama) & Mama Majdureen juga dua pakcik driver coaster. 


=> Next destination ialah Wadi Rum & Aqabah. Stay tune for next entry , ya? SINI!

You Might Also Like

0 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!