JAULAH WAFIDIN : NAKK SOTONGG!

Assalamualaikum Episod 17 : Jordan Travelogue bersambung ceghita lepas . . . SINI! Khamis , first day of jaulah :- Alhamdul...

Assalamualaikum
Episod 17 : Jordan Travelogue


bersambung ceghita lepas . . . SINI!


Khamis , first day of jaulah :-
Alhamdulillah , rombongan kami sampai di Aqabah jam 7.30pm setelah 5 jam perjalanan. Eh sebenarnya , plan nak ke Wadi Rum dulu sebelum ke Aqabah tapi disebabkan cuaca tak berapa elok (angin kuat) so staff sana tak kasi masuk bimbang debu kuat nanti. Time ni kecewa gila-gila kot kitorang tapi nak wak camna , follow sajala yg terbaik.


Check-in Hotel Al-Jawad Suits, Aqabah 4 orang satu bilik. Kami masuk bilik 101 tingkat bawah , ahli biliknya : aku – hanan – syerah – kak dibah.


Skruktur bilik terdiri dari satu ruang tamu , dapur , bilik mandi+tandas , dan sebuah bilik tidur (dua katil). Hotel 4 bintang kot dema cakap , memang patut la semua kelengkapan ada. Nak main masak-masak kat dapur pun boleh sangat. Nak basuh baju pun boleh. Haa, nak tengok tv pun buleh , banyak gila siaran (siaran korea pun ada kottt >D<). Layan gambar bawahh ni~ 
Lift untuk ke tingkat atas
Signboard hotel
Skruktur luar hotel, 4 tingkat
Tandas & bilik air
Dapur
Pintu bilik kami
Pintu utama
Bilik tidur
Ammu kasi rest & kendiri sampai jam 9pm , kemudian kitorang bertolak ke Suqq Balad (pasar) untuk cari makan. Aku memang dah lapar tahap apa time tu pulak memang tak makan nasi sebelum bertolak petang tadi. Eheh. Plan menu malam tu nak makan SOTONGG!! Lama gila tak makan hampir setahun , dan kena tahan lagi setahunlaa tak makan , nak menangis rasaa bila teringat masakan sotong merah Ummi.

Cari punya cari restaurant , jauh di pelusuk pasar tuu. Jumpa Mat’am Sahsalaniy namanya , memang orang makan kat sini la makanan laut. Ada Kelmariy (sotong) , Jambari (Udang) , Ikan fillett , ikan bakar dan banyak lagi laa.

Our dinner tonight
Kitorang order sotong satu sorang (punya kempunan tahap apa ni) , Nasi Kabsah satu pinggan dan ikan fillet satu bersama jus lemon + manggo + orange. Jumlah semua harga dalam 18JD. Takpalah mahal sikit pun , sekali setahun je ni dapat rasa, haahaa.

After makan-makan kami dikehendaki berkumpul semula di hadapan Muntazah Amirah (taman) menanti coaster untuk pulang semula ke hotel. Resttt~

Taman Mumtazah Amirah Salmaa
Rarenya , kami tak pernah jalan-jalan malam camni tanpa murokib (syabab) sebab risiko bahaya kot. Tapi , ammu ni suka hati je campak dan tinggalkan kami begitu sahaja kat pasar tu. New experience kot , tapi alhamdulillah takda apa-apa pun berlaku. Takda arab kacau , acah-acah ke. Takda. Takda. Terasa bebas gila tanpa kawalan dari mata-mata syabab, heh!


=> Next entry about 2nd D-Day of Jaulah Wafidin~ SINI!

You Might Also Like

2 comments

  1. wahh.. selesanya bila tidur.. taman pun cantik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang selesa sangatt, hehee @nadhie wueen

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

Latest On Instagram