Maqam Syuhada' Perang Mu'tah

Assalamualaikum
Episod 20 : Jordan Travelogue


Alhamdulillah kathiran, syukurku tak terkira kepada Tuhan atas peluang ini. Peluang menziarahi maqam 3 sahabat syuhada’ Mu’tah. Sayyidina Zaid bin Harithah , Sayyidina Jaafar bin Abi Thalib & Sayyidina Abdullah bin Rowahah ridhuwanullah alaihim. 

**Bagi mereka yang belum kenal siapa mereka dan apakah peristiwa yang membuatkan mereka bergelar syuhada’ , sila ke laman INI INI INI. Kisah mereka sudah menjadi kekaguman dan keterujaan aku sejak di bangku sekolah menengah dulu. Aku tertarik pada Hadis Nabi s.a.w yang menyebut tentang berita syuhada’ mereka dan bagaimana akhirnya panji Islam diserahkan kpd Khalid Al-Walid (idola aku) setelah korbanya 3 sahabat tadi.


Selama 3 tahun berada di sini , this is the first time aku dapat ziarah ke maqam mereka r.a (walaupun maqam mereka terdapat khilaf riwayat juga). And yess , aku memang teruja dan bersemangat gila pergi ziarah sebab dah lama simpan hasrat nak pergi. Maqam tersebut terletak di Mazar , berdekatan sahaja dengan Mu’tah dalam lingkungan 14.2km/16min. 


Ketiga-tiga maqam tersebut ditempatkan di kawasan Masjid Mazar. Setiap maqam dikhususkan ruang masing-masing. Masuk ke ruang maqam tersebut , first expression aku , “Ya Allah, wanginya...”. Mereka syuhada’ pastinya! Di saat aku menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan ruh mereka diberkati , sejenak perasaan cemburu aku pada mereka , cemburu pada semangat jihad mereka. Pada kasihnya mereka pada Islam , pada Rasulullah s.a.w , pada Allah s.w.t. 


Ahh! Moga Allah kurniakan aku semangat seperti mereka. Tak pernah futur apatah lagi gentar!!!

Pintu masuk ke masjid
Syair Abdullah Rawahah r.a
Maqam Sayyidina Jaafar bin Abi Talib r.a
Maqam Sayyidina Abdullah bin Rawahah r.a
Maqam Sayyidina Zaid bin Harithat r.a
 فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ قُتِلَ زَيْدٌ فَجَعْفَرٌ وَإِنْ قُتِلَ جَعْفَرٌ فَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ رَوَاحَةَ - حديث مرفوع

InsyaAllah , lain hari aku ziarah lagi!
Waktu ziarah : Ahad | 29 Mei 2016 | Jam 1.30 pm 

6 comments:

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM