Amman International Book Fair 16th

Assalamualaikum Episod 27: Musafir & Travel Urdun Semalam aku and da geng pi pameran buku di Amman (in arabic 'M...

Assalamualaikum
Episod 27: Musafir & Travel Urdun





Semalam aku and da geng pi pameran buku di Amman (in arabic 'Ma'rod Kutub'). Haa sebenarnya last minute plan nak pi, malam sebelum date baru kasi nama but thanksgod dapat peluang nak jejak ke pameran buku arab ni. 

Amman International Book Fair 16th
Date: 28 September - 08 Oktober
Hour: Saturday - Sunday ; 10am - 10pm / Friday ; 4pm - 10pm
Place: Amman International Motor Show

Booth penerbitan buku-buku boleh dilihat mengikut negara. Antara negara terlibat, Jordan-Suria-Mesir-Beirut-Itali-Kuwait-Lubnan & banyak lagi. Di sana, boleh didapati buku arab atau english, kategori syariah, sejarah, kanak-kanak, wanita, novel & pelbagai lagi. Aku memang pi lawat booth buku syariah ja la, haha. Well, walaupun dua jam masa diberi untuk tinjau pameran ni tapi berpuas hati lah sebab tak pernah join apa-apa pameran buku kat Jordan sebelum ni. Thanksgod. 

Tak sempat shoot banyak gambar pun kat sini sebab syok cari buku je.
Booth Palestin pon ada, Jordan & Palestin memang berpisah tiada. Salute!
Hasil belian semalam, tak beli banyak kot tak larak nak angkut haha
Buku motivasi. Nampak kecik je buku ni tapi dia punya harga 5jd = 25rm/per. 
Isi dalam buku Latihan Kecil (Tamarin Shoghir)

You Might Also Like

0 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!