Arab punya hon kereta

Assalamualaikum
Episod 28 : Jordan Travelogue 

Tadi aku terbaca satu share di facebook budak jordan up status pasal budaya hon arab ni. Kalau korang nak tahu arab ni dia punya hon masyaAllah gila kuat weh plus berkali-kali dia hon (macam kita ni tak dengaq hon dia tu). Sikit-sikit hon kereta. Kalau korang nak tahu sini jarang sekali berlaku accident walaupun depa punya drive pecut mcm kilat. Di Malaysia jarang guna hon ni melainkan dlm situasi kecemasan atau traffic jam. Kalau sini, kita yang duk jauh pun depa dah hon mcm kita ni duk sisih kereta dia hahaha. Bising gila!

Ada sekali tu aku & da geng nak ke stesen coaster kat luar gate jamiah. Tanjattt aku bila tetiba pakcik coaster tu tekan hon dia (sampai dia tergelak tengok kitorang tanjatt macam apa je time tu). Ha padahal takda la depa duk drive tapi tetap suka membingitkan hon depa tu. hahahaha.

Tapi bila aku baca status budak jordan tadi pasal ni ada betul jugak. Katanya hon depa arab ni sangat bergunala untuk pengguna jalan raya. Hon depa tu sebagai AMARAN buat yang syok jalan tak tengok kiri kanan, yang tengah main handphone tu semua. So, dengan hon depa ni boleh la kau tanjatt sikit dari lamunan kau tu yang kau tu tengah berjalan di atas jalan raya so stay alert la sikit. Kan tak pasai malang tak berbau. So budaya hon depa ni takda la bawak keburukan kepada mana-mana pihak malah bawak maslahah buat pejalan kaki juga pemandu kenderaan. Chill ^^

15 comments:

  1. Kalau yang pgg hp tu, mau terlepas dgr hon. Hahaaha kalau kt malaysia ni bkn main lg org xsuka bile kena hon.. Uhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah awak, betul tu kat malaysia memang kena marah2 kalau asyik hon je. arab tak dia memang KENA hon kalau tak lg diorang marah. =D

      Delete
  2. pernah pergi ke sana tunai umrah.. Allah diorg bawak kereta kemain laju..hon toksah cakap lah...nak marah ye gak.. haha..sabar jelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee betul sangat akak. mmg nak marah la bising gitu tp tak dapatla mmg adat diorang kan =)

      Delete
  3. Assalamualaikum sis..done follow back! btw nice info..nt share la lagi pasal masyarakat kat sana ya.. saya berminat nak tahu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. most pleasure sis. nanti sy kongsi lagi budaya arab =)

      Delete
  4. Assallammuallaikum..salam ukhuwah dari Indonesia.

    ReplyDelete
  5. Di Philippines pun sama, tp xprasan pula time prgi umrah tu hari pasal hon2 ni. Haha. Atau sebati dah dgn telinga.. tp xtahu la. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mungkin barangkali dah biasa. skrg pon sy dah biasa dgn suasana hon mengehon ni dah tak rasa pape pon =D

      Delete
  6. wahhh bagus jugak hon kalau memang nak suruh orang sentiasa alert dengan sekeliling :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul, adat depa cenni la ada bagus sangat =)

      Delete
  7. yang kuat berangan, sesuai sangat kena Arab punya hon Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa nak2 yg suka main hp tepi jalan tu haih takleh betul sy org cemni menempah maut namenye ='(

      Delete
  8. Mana yg baca on Rasa tanjat juga hehe

    ReplyDelete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM