Pre-Test Graduate --Kafaah Khirij

Episode 29: Jordan's Travelogue As i said dalam entri ini , 20th November aku akan hadapi ujian kafaah untuk budak yang bakal...

Episode 29: Jordan's Travelogue



As i said dalam entri ini, 20th November aku akan hadapi ujian kafaah untuk budak yang bakal graduate sesi ini. So hari ni la kan and lega dah lepas test, tapi panjang pulak kisahnya yang buat aku takkan lupa pulek. 😁

Kronologi kisahnya begini:

09;00 am - 11 am ada kelas macam biasa, ujian kafaah tu pukul 1-2;30 pm so i think sempat lagila nak balik rumah makan dulu get ready apa patut kan, so i back home with my friend, Jiha. 

12;45 pm : Aku baru nak keluar rumah, cause aku fikir takpa je la kan nak pergi lewat ke makmal komputer tu sebab fikir bukan exam sekali gus pon. Tapi melesek bahkan terpesong jauh fikiran aku tu. 12;35pm kawan mesej 'Kat mana? Doktor dah panggil ni'. And masa tu masih duduk dalam coaster yang entah bila nak bergerak. Menggelabahla aku dengan Jiha time tu, semua info last-minute pihak kolej bagitahu. Kawan cakap sebelum tu ada perjumpaan untuk budak ambik kafaah ni --yang ni memang tak tahu langsung. Ok, pasrahla sampai pukul berapa janji ambik test tu.

01;00pm : Coaster baru bergerak ke Jamiah and you know what pukul 1 tu jugak kafaah bermula. Sampai pintu gate jamiah jam 01;05pm, aku dah tak hirau orang berjalan pecut berlari habis la ke makmal yang ditetapkan tu. 

01;10pm : Okay, dah 10 minit lewat, sampai ke banggunan Kuliah Ulum, still tak tahu mana tempatnya ni, naik tingkat dua, tanya makcik jaga situ, dia cakap syariah di belakang. Okay berlari lagi aku berdua ke belakang. Sampai situ, fuhhh hembus nafas panjang sebab doktor dan pengawas situ tak da marah-marah walaupun hampir 15 minit lewat. 

01:20pm : Disebabkan dah penuh port so aku terpaksa duduk port di antara budak lelaki. Ahh, lantakla asal dapat jawab test ni. Dan disebabkan semput tak habis lagi, otak aku macam blur and kosong sekejap. Budak laki belah aku bagi instruction masuk web pun aku still blank. Dia cakap apa ni? haha kesian pulak dia banyak kali duk ulang benda sama kat aku. Sorry beb.

01:25pm : Sekitar pukul 1.25 baru lah start jawab exam. And first soalan dia bagi gambar rajah kotak pahtu suruh bagi label kat bertanda * situ. Eh, soalan apa ni? Mana syariahnya? haha. Lupa doktor dah cakap soalan ada dua peringkat -Umum & Daqiq (kos)-. So aku jawabla apa-apa je kat bahagian Umum tu ikut pandangan sendiri. 

Untuk soalan berkait kos, mostly alhamdulillah aku boleh jawab walaupun ada la soalan yang agak keliru jawaban dia. Dah memang tak study langsung and jawab ikut apa yang masih kekal di otak. 😃

02;05pm : Habis jawab test, tapi tak tahu lagi dia punya mark. Mudahan LULUS dengan izin-Nya. Nak tawakkal sepenuh hati ni sebab memang tak study 100%,  semak contoh soalan saja. 

Maklum, test ni adalah untuk menaikkan ranking jamiah sebenarnya. Sebab tulah mark untuk test ni memang takkan keluar kat kita, hanya syarat graduate saja. Well, masa berbaki untuk ke final exam satu bulan dari sekarang, kena usaha lebih lagi ni untuk capai target grade insyaAllah. Wish me luck guys, 😂

You Might Also Like

2 comments

  1. Pertama kali siqah dengar ujian kafaah. Huhu. Hope shaf lulus dalam ujian ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, sini dipanggil kafaah, insyaAllah kak.

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!