RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS

Hai semua, hari ni aku nak share resepi kek coklat moist kukus yang aku masak semalam, alhamdulillah laku keras orang rumah aku melatah, sedap katanya. Haha sebenarnya aku pun tak jangka kali ni kek aku menjadi sebab sebelum ni buat confirm fail weh, tak masak + pecah + tak naik + terlebih manis memang jadi makanan ayam la kek tu dibuatnya. Alhamdulillah kali ni menjadi walaupun redha je rasa tu macam mana sebab buat di siang hari puasa. 

Resepi ni aku rujuk beberapa laman resepi jugak cuma aku ubah sikit dari segi bahan dan anggaranya sebab tak cukup bahan tapi kek menjadi hihi.


Bahan-bahan nya adalah :-

Serbuk koko - 1 cawan
Minyak masak - 1 cawan
Gula - 1 cawan 
Susu segar - 1 1/2 cawan

Tepung gandum - 1 1/2 cawan
Soda bikarbonat - 1 sudu tea
Backing powder - 1 sudu tea
Esen vanilla - 1 sudu tea
Telur - 2 biji

Cara-caranya adalah :-

1. Masak empat bahan ; serbuk koko, minyak, gula dan susu segar guna api kecil sahaja sehingga sebati kemudian sejukkan.

2. Pukul telur menggunakan mixer sehingga kembang.

3. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan backing powder bersama terlebih dahulu.

4. Masukkan bahan yang telah dimasak tadi ke dalam telur yang telah dipukul tadi kemudian kacau sehingga sebati setelah itu masukkan esen vanilla.

5. Masukkan campuran tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat tadi dan kacau lagi sekali kasi sebati. 

6. Masukkan ke dalam loyang dan tutup loyang tadi dengan aluminium foil atau korang boleh pakai plastik kalau takda foil tu kat rumah, tujuanya taknak kasi wap air terkena kek.

7. Akhirnya masukkan ke dalam periuk kukus, pastikan air kukus dah mendidih sebelum memasukkan loyang. Tutup periuk dan masak selama 1jam 5min dengan api sederhana. 

Oh ya, kesilapan utama aku dulu adalah :
1. Tak tutup loyang dengan foil atau plastik.
2. Main bukak tutup periuk kukus tu sebelum masa dia. 


Untuk topping kek pulak ini resepinya :-

1. Masukkan sebanyak 1 cawan whipping cream ke dalam mangkuk kemudian panaskan jangan sampai mendidih tau.

2. Then, masukkan coklat masakan lebih kurang 1 cawan ke dalam whipping cream tadi, kacau sehingga coklat cair. Kalau korang rasa cair sikit tambah lagi coklat.

3. Last sekali masukkan mentega anggaran 1 sudu besar kemudian kacau lagi sehingga sebati, done!



Atas tu aku tabur dengan biskut oat je sebab ksong sangat nampoknyaa haha, korang nak letak buah strawberry ke manik warna warni pun boleh optional je tu. Makan dengan ais krim vanilla gais, perghhhhh sedappppp gilaa! Selamat mencuba 😀

1 comment:

  1. Sedapnya! Thank you, Shaf for the recipe boleh cuba nanti :D

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM